Latar Belakang Aman Aziz

Bapa Aman, Encik Abdul Aziz adalah seorang pesara kerajaan, manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusaha perniagaan menjahit secara kecil-kecilan. Aman adalah anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Beliau dilahirkan di Melaka, tetapi dibesarkan di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Aman menamatkan zaman persekolahan pada 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur. Ketika di bangku persekolahan, beliau banyak menyertai kumpulan dikir barat dan kumpulan nasyid selain bergelar Pengerusi Persatuan Pancaragam Sekolah. Aman kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka grafik di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat selama tiga tahun dengan memperolehi Diploma Seni Reka Grafik. Setelah menamatkan pengajian, Aman sempat bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur selama dua bulan sebelum mencuba nasib secara suka-suka dalam ujibakat Akademi Fantasia Musim 11. Biarpun tebal dengan sikap pemalu, bakat Aman berjaya dilihat oleh para juri, penyanyi Nurul Wahab dan pemuzik Edrie Hashim. Seterusnya beliau lulus peringkat keempat bersama guru vokal Shafizawati Sharif dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Berkaitan